Tuesday, April 3, 2012

Minum Petang Tepi Laut



Dah lama tak posting pasal food. Ye la tengah pantang ni tak bole la nak keluar makan sesuka hatikan? Gambar2 food utk posting ni gambar lama..makan2 sebelum bersalin dulu. BTW, a few days sebelum bersalin, TK teringin sangat nak makan jeput /cucur/ jemput2/cekodok kat gerai  favourite TK  kat ICT Hj Pok Long kat Pantai Teluk Ketapang. ICT tu stands for Ikan Celup Tepung tau!   So petang tu, hubby bawakla ke sana. Bab2 makan ni, hubby ikutkan je masa tu. Lagipun, kita bukannya mengidam apa2 yang pelik and susah nak dapat. Setakat mengidam cucur tu..apalah sangatkan?

Sampai kat ICT Hj Pok Long..kekecewaan melanda.. jeput tak ready lagi rupanya..Kita ni dahla lapar sangat. Penyelesaiannya hubby bawak pulak le ke gerai ICT lain di Batu Rakit.  Hubby kata, nanti on the way balik, kita singgah pulak ke gerai favourite TK di Pantai Teluk Ketapang tu (nak jaga hati la tu)....So nak dijadikan cerita, kami pegi  ke 2 gerai ICT petang tu.


Mula2 ke gerai kat Batu Rakit ni. It's not my  favourite stall tapi ..suka view kat situ.. Cuaca ok sangat hari tu, laut biru..langit biru!!!Seronok sangat minum petang tepi laut ketika cuaca panas sambil minum ABC and air nyiur. Masa pregnant dah hujung2 tu TK byk minum air nyiur. Orang kata minum air kelapa boleh memudahkan kita bersalin.


Sambil minum sempat lagi snapped a few photos.




Kat gerai di Batu Rakit tu, TK order ABC dan air nyiur ..Makanan pulak cuma makan pisang goreng dan tapai goreng. TK memang suka sangat tapai goreng..yummy! Sorryla gambar tapai tak menggiurkan..Tinggal 2 ketul baru nak snap gambar..

 On the way balik, kami singgah gerai favourite TK- ICT Haji Pok Long kat airport tu..

Dapatlah makan  jeput yang diidamkan..Suka jeput ni sebab kecik2 and tak berminyak.
































Kesudahannya makan second round pulak..ambik itu ini..Puashati perut kenyang..Memang betul2 makan..hehe. Teringat...masa pregnant dulu selalu kawan2 usik "Ko ni perut dah sikit punya besar, makan tak kenyang2 lagi ke?"

 
One day, kalau TK tak duduk Terengganu lagi.., sure teringat nak makan jeput kat sini..and sure teringat minum2 petang di tepi laut..here in Terengganu.


Orang2 KT lain,  suka makan kat gerai ICT mana ye???


14 comments:

  1. aduh.. wlpun skrg ngah kenyang.. tp terasa cam meleleh air liur la.. nak rasa sekali.. hehehe... dapnyer..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Tk.kalau teringin nak mkn masa ngandung mmg kena carikan...teringat masa ngandung abg sulong masa tu dok kat Ganu, selalu nak mkn roti tempayan...nasib baik senang dpt juga.kalau ICT masa dok Ganu dulu selalu juga mkn kat Teluk Ketapang.tp kalau balik ke Kel,biasa singgah mkn ict di Pantai Penarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..saya pun suka makan kat ict penarik tu on d way balik kelantan :)

      Delete
  3. Oh bile lah kami balik KT. Paling awal agaknya hujung tahun ni. Oh kite masa mengandung anak 1st banyak minum air kelapa. Lepas bersalin kulit baby bersih tak pernah merekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kat sini baru bole jumpa air kelapa. Punyala byk minum....
      Masalahnya I kena beranak c-sect...takde maknanya..hehe

      Delete
  4. Org KT ni selalu makan kat gerai yang satu tu pun boleh lupa nama kedai..asyik dok refer as kedai ICT je..hehe..

    Sedapnya tapai goreng tu..terliur pulak malam2 ni..hehe..

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la..slalu kat sini i makan pun tak tengok nama gerai pun..

      Delete
  5. Hi there. It's a really interesting site that you have there and I really love the posts on your lifestyle blogging. I will surely come and revisit your site.

    Ok, just a quick introduction about myself. I am actually from everydayonsales.com and I have found your website thru google. We are a site that offers information on daily promotion / warehouse sales in Malaysia. I can see that you actually have a linkback to some other site and we are hoping that we can be part of your website, where we would actually want you include our link on your page. Of course you can visit our website www.everydayonsales.com and check us out. We can actually do a link exchange where I will list your site as a friend to everydayonsales and you website link will be put on our site. You will be part of the everydayonsales friends community :) in this link exchange and there will be many campaigns awaits for you.

    Let us know whether this is possible and we Let us know whether this is possible and will communicate further on this. Do revert to me and if you do have any queries, let me know. Do hope to hear from you soon.

    Regards
    Chan @ www.everydayonsales.com (hy.chan@everydayonsales.com)

    ReplyDelete
  6. hah? tapai goreng camne kak? tak penah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish...tak terjangkau dek akal saya tapai goreng tu...
      teringin la pulak nak rasa...
      kat KL ada tak?

      Delete
    2. Wah Wahida was here!!!!
      Tak tau la kat KL ada jual dimana yang. Mai sini datang Tganu and Kelantan bole merasa. Sedap you!!!!

      Delete
    3. Tapai ubi..celup tepung and digoreng..sedap tau maya. Kat Pahang takde ke?

      Delete
  7. No problemm cik iena...thnks for following anyway.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin