Friday, June 15, 2012

USS lagi..



Salam u ols...Minggu ni minggu pertama TK bekerja semula selepas bercuti selama 3 setengah bulan. Bila dah masuk keje ni, routine pun dah berubah..semakin la takde masa nak berblogging. Apa2 pun timakasih kepada followers yang follow blog TK yang diupdate only once in a blue moon ni.... Anyway, I will definitely follow you back, no problem. To those yang tinggalkan komen, insyaallah I will try my best berjalan2 ke blog you all pulak. Ye la orang berbudi kita berbahasa...really happy u all datang sini tau.  Really happy jumpa kawan2 blogger baru yg friendly2. Maafla kadang2 lambat sikit kunjungan balasnya..

 Hari ni nak share gambar pegi USS.  Before this, TK dah buat entry pasal USS ni masa hubby ke sana last month. Last week pulak,  kami sefamily pegi bercuti ke Johor and spent a day at USS. To get to USS, kami gunakan perkhidmatan van Erwin Travel yg officenya terletak di Danga Bay. Utk sebuah van yg hantar dan jemput kami di USS, we had to pay RM560/-. Tiket pun beli melalui Erwin Travel. Urusan booking semua dibuat around seminggu before pegi..

Kebetulan Singapore pun cuti sekolah so ramailah orang kat USS. Jem teruk juga kat Tambak Johor. Actually kami pegi dengan  adik ipar an his family. The wife orang JB.. Si KENIT pun kami angkut sama hari tu walaupun tempat tu memang tak sesuai utk baby...Sampai je kat USS, kami terus ajak anak2 amek gambar kat depan globe yg pusing2 tu tapi semua buat muka mcm tak rela.... Semua takde mood nak amek gambar sebab dah tak sabar2 sangat nak masuk USS with the cousins. Si kenit sorang je la beriya2 posing..siap angkat2 tangan tu..

Ramai sungguh orang kat USS. Kebetulan Singapore pun cuti sekolah. As expected, memang panas pun kat USS tu. Amoi2 pun ramai yg pakai seluar pendek je. Kat entrance USS, anak2, kami lepaskan ikut  adik ipar. TK bekalkan dorang duit untuk belanja and handphones to call us kalau ada apa2. TK, hubby and baby jalan kat luar2 je..tak naik pun all those rides.Kami jalan2 cari  makan je and cari tempat2 yg ada air cond untuk lepak. BTW, makanan memang sangatlah mahal tapi terliur lah nak try itu ini..so beli jugaklah sikit2. Food court or tempat2 makan sentiasa penuh..memang tension..Anyway, kalau nak bawak makanan dari luar..takpe je..byk mana pun takpe..masukkan je dalam bag.

Kat mana2 pun memang crowded


 Ha..ni lah tempat lepak kami..di Baby Centre dalam USS. Terletak kat sebelah Universal Studio Store kat pintu masuk USS tu (sebelah kiri). Kat sini ada nursing room, ada warm/cold water, sinki and sofa mcm kat rumah. Kami sempat terlelap kat sofa tu sebab sejuk je kat situ. Tak ramai yg masuk situ pun. Kebanyakannya orang yang sama masuk a few times  nak susukan anak.


Azab melihat orang berpusing2 naik roller coaster tu. Kita kat bawah ni yg fening. My son frust sgt sebab tak dapat naik roller coaster tu. Si adik (my doter) menangis2 tak kasi abang dia naik sebab takut abang dia jatuh..hehe. Si abang tak sanggup tengok adik menangis terpaksalah mengalah..and kecewa sgt..

 Panas sangat..aiskrim pun cepat cair..

 haus sungguh kat sana...

Bilik sembahyang somewhere kat sini. Kecik je tempat sembahyangnya..Terlupa nak snap gambar. Apa2 pun sembahyang jangan lupa...Kalau tak tau di mana tempat sembahyang boleh tanya je staffs USS. Tanya orang tinggi tu pun bole..

 Suka masuk Candylicious ni...Byknya candy

Nasib baik baby tak demam balik dari sana. Si abang and one of the cousins demam the next day..

 Anak2 tak puashati hari tu sebab tak dapat cover semua atrractions coz ramai sgt orang. Kami pun pujuk2 anak2 cakap lain kali kita pegi lagi..bila adik dah besar sikit and mama pun nak join all the rides..

Oklah..that's all for now....Thanks for dropping by kawan2ku...I'll continue with cerita cuti in the next entry...



Blog Widget by LinkWithin