Assalamualaikum semua..Mula2 sekali nak ucapkan selamat berpuasa hari wukuf and Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua..Petang ni baru TK nak bertolak balik ke KB untuk menyambut hari raya Aidil Adha kat sana..Mungkin ramai kawan2 blogger yg on d way nak balik kampung ni kan..Selamat pulang ke kampung ye..
Hari ni tajuk posting "Maggi Ketam"..takde kena mengena dengan hari raya haji..Hari Raya haji biasanya kita makan daging kan...tapi mungkin ada yg nak makan seafood bila balik kampung di Kelantan and Terengganu.. bolehlah cari2 restoran maggi ketam yang sangat fofular sekarang ni...So far, TK penah makan maggi ketam di 2 buah restoran je di Kelantan and Terengganu ni..
Maggi Ketam
Yang ni semangkuk maggi rebus ketam di restoran Pulut Ikan Bakar di Tok Bali, Kelantan. Restoran tu sentiasa penuh dengan orang and specialty kedai tu ialah pulut ikan bakar tapi kat situ ada juga maggi ketam dalam menunya..
TK ada
terbaca dlm satu blog ni, maggi ketam ni asalnya dipopularkan oleh
nelayan2. Nelayan2 kalau ke laut selalu bawak bekal maggi. Di tengah
laut dorang masak maggi and masukkan ketam dlm maggi and dari situlah
bermulanya menu maggi ketam ni..
Maggi ketam kat resto ni memang sedap giler..Terasa keketamannya..hehe..Murah pulak tu. Semangkuk RM12 je..Tempat lain lagi mahal! .TK penah buat maggi ketam kat rumah tapi sesedap macam kat resto ni.. Kaki2 ketam dah siap diketuk so senang je nak keluarkan isi ketam bila makan.
Specialty resto ni ialah pulut ikan bakar..Memang sedap..
Satu set pulut ikan bakar terdiri drpd pulut gaul nyiur, 2 ekor ikan selayang bakar and sambal kicap. Regenya RM4/-. Meratah ikan cicah sambal kicap tu pun..sedapnya..
Kami makan lokan bakar juga hari tu..Nyesal tak amek byk2 lagi..Sodap..!
Ada mcm2 jenis seafood, ikan2 mcm2 jenis, ketam, udang, lala, lokan..Pilih sendiri nak makan apa and boleh suruh dorang bakar or masak
Hari tu, kami makan bawah pokok ubi gajah ni..Bukan senang nak dpt makan bawah pokok ubi hehe..Restoran ni memang sgt ramai pelanggannya..full house sokmo terutama pd waktu malam.
Yang ni pulak restoran maggi ketam di Dungun Terengganu. Tajuk kedai "Megi Ketam Bistro". Megi Ketam Bistro ni ada facebook page and penah masuk TV. Gambar di atas gambar google..pinjam ye..Selalu kami ke sana malam2..amek gambar pun gelap je..
Yang ni maggi goreng ketam di Megi Ketam Bistro..jenis ketam ialah ketam laut yg biasa kita makan tu. Kat resto ni ada 2 jenis ketam- ketam nipah and ketam laut
Ada udang juga dalam hidangan maggi goreng ketam ni. Harga semangkuk maggi ketam kat sini around RM20-25. Budget besar sikitlah kalau nak dtg sini
Yang ni..maggi rebus ketam nipah. Ada sotong and udang juga..orang yg allergic seafood memang patut jauhilah hidangan ini..nanti gatal2 sana sini..hehe. BTW, ketam kat resto ni dihidang bulat2 kena ketuk2 gigit2 sendiri nak dapatkan isi..kena berusaha sikitlah bila makan kat sini..TK sebenarnya seorang yg sgt pemalas nak keluarkan isi ketam..
Kalau tak makan maggi boleh juga order nasi goreng ke or ketam sahaja..Lala pun ada..sedap you..Di Megi Ketam Bistro ada juga ikan bakar, makanan panas macam2..datang bawak perut je..
Oklah tu je kisah maggi ketam kali ni.. Selamat Bercuti..Enjoy your holidays!