Sunday, November 4, 2012

Raya Korban



Jumpa lagi..Seminggu raya  dah berlalu.. baru hari  ni nak share gambar raya korban. Lately ni, sebok memanjang. Dah ujung2 tahun nak cuti sekolah ni.. memang macam tu lah.. keje byk sangat. Esok our lower six students dah start exam STPM Modular. Tahun ni, lower six  pakai sistem semester. Kalau fail paper dorang kena repeat la. Anyway, this week minggu terakhir sekolah. 4 hari je lagi sekolah..

Back to cerita raya..Every year, TK sekeluarga memang akan balik ke Kelantan untuk sambut Hari Raya korban. Every raya, keluarga hubby mesti akan buat korban di rumah.  Di Kelantan, korban dibuat di rumah masing2 dan memang kebanyakan rumah ada buat korban sebab tu raya haji terasa kemeriahannya..

Pagi tu lepas sembahyang raya dan makan2 di pagi raya kami siap2 untuk korban..

Ini  makcik  TK masa lafaz akad jual beli lembu korban. Lepas akad jual beli, kita usap2 lembu tu..Lepas semua orang dah lafaz akad jual beli, kami pun tunggu turn..menunggu tukang sembelih pulak datang..This year, mak TK di Selangor pun amek satu bahagian dari korban ni, so TK wakilkan mak juga.

Tahun ni raya korban pertama for my baby khayra. Baby menjerit2  kesukaan nampak lembu...Masa ni baby baru bangun tidur..tak mandi lagi..Cousin baby,  tgh dukung dia .

Masa ni dah mandi dah..baby didukung oleh makcik TK . Pakcik tukang sembelih lembu tu still belum sampai lagi..Lama jugak menunggu dia

Tu dia pakcik tukang sembelih yang ditunggu2..Kami punya turn  yang ke 9 pagi tu...just imagine...so kami menunggu agak lama juga....and he had many more places to go at that time..Memang tiap2 kali korban kami akan gunakan khidmat pakcik ni..for so many years already. 




  Mak mentua tak sihat masa tu so we let Pok Mat yg pakai kopiah tu  uruskan semuanya sekali. Daging kemudian  disedekahkan or dihadiahkan pada orang miskin or sedara mara..Sementara the men uruskan daging, orang pompuan masak2 di dapur and served lunch untuk orang2 yang uruskan daging tu...

BTW, ni kek raya TK beli sehari sebelum raya kat kedai kek Cinta kat KB. Kat KB memang byk kedai kek and roti.  Sedap2 pulak tu roti dan kek kat sana. Kek ni ada diskaun sempena raya korban. Ikut tema raya la kek ni kononnya..Kek dijual dalam kotak moo moo..

 Moo moo cake ni  is a milk cake..so rasa susulah kek ni..cream dia  rasa lemak susu..sedap!!!

Next...biasanya lepas korban ramailah sanak-sedara and jiran-jiran yg ajak makan. Petang  tu kami dijemput makan di rumah sedara di sebelah rumah MIL. Ramai jugak tetamu yg datang termasuklah diriku yang tengah lapar masa tu...

Ni lauk typical orang jamu lepas korban di Kelantan..daging goreng and singgang daging..simple je tapi sedap to me...
 Ni makanan yg menaikkan selera- budu, sambal and ikan rebus goreng..sodap..

Ulaman2an . Altogether ada 8 jenis ulam..  I love kampung food yang simple2 camtu. Perut pulak tgh lapar masa tu..


Dessert - sagu dimakan dengan nisan dan santan..Sedap juga..To me semuanya sedaplah.. takde apa yg tak sedap sebab kita jenis bedal semua....hehe.

Tu je la gambar yg sempat di snap2 masa raya korban hari tu..Panjang umur murah rezeki boleh korban lagi Aidil Adha tahun depan.


Timakasih singgah blog TK!







Thursday, October 25, 2012

MAGGI KETAM


Assalamualaikum semua..Mula2 sekali nak ucapkan selamat berpuasa hari wukuf and Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua..Petang ni baru TK nak bertolak balik ke KB untuk menyambut hari raya Aidil Adha kat sana..Mungkin ramai kawan2 blogger yg on d way nak balik kampung ni kan..Selamat pulang ke kampung ye.. 

 Hari ni tajuk posting "Maggi Ketam"..takde kena mengena dengan hari raya haji..Hari Raya haji biasanya kita makan daging kan...tapi mungkin ada yg nak makan seafood bila balik kampung di Kelantan and Terengganu.. bolehlah cari2 restoran maggi ketam yang sangat fofular sekarang ni...So far, TK penah makan maggi ketam di 2 buah restoran je di Kelantan and Terengganu ni..

 Maggi Ketam
Yang ni semangkuk maggi rebus ketam di restoran Pulut Ikan Bakar di Tok Bali, Kelantan. Restoran tu sentiasa penuh dengan orang and specialty kedai tu ialah pulut ikan bakar tapi kat situ ada juga maggi ketam dalam menunya..
TK ada terbaca dlm satu blog ni, maggi ketam ni asalnya dipopularkan oleh nelayan2. Nelayan2 kalau ke laut selalu bawak bekal maggi. Di tengah laut dorang masak maggi and masukkan ketam dlm maggi and dari situlah bermulanya menu maggi ketam ni..

Maggi ketam kat resto ni memang sedap giler..Terasa keketamannya..hehe..Murah pulak tu. Semangkuk RM12 je..Tempat lain lagi mahal! .TK penah buat maggi ketam kat rumah tapi sesedap macam kat resto ni.. Kaki2 ketam dah siap diketuk so senang je nak keluarkan isi ketam bila makan.

Specialty resto ni ialah pulut ikan bakar..Memang sedap..

Satu set pulut ikan bakar terdiri drpd pulut gaul nyiur, 2 ekor ikan selayang bakar and sambal kicap. Regenya RM4/-. Meratah ikan cicah sambal kicap tu pun..sedapnya..

Kami makan lokan bakar juga hari tu..Nyesal tak amek byk2 lagi..Sodap..!
Ada mcm2 jenis seafood, ikan2 mcm2 jenis, ketam, udang, lala, lokan..Pilih sendiri nak makan apa and boleh suruh dorang bakar or masak

Hari tu, kami makan bawah pokok ubi gajah ni..Bukan senang nak dpt makan bawah pokok ubi hehe..Restoran ni memang sgt ramai pelanggannya..full house sokmo terutama pd waktu malam. 

 Yang ni pulak restoran maggi ketam di Dungun Terengganu. Tajuk kedai "Megi Ketam Bistro". Megi Ketam Bistro ni ada facebook page and penah masuk TV. Gambar di atas gambar google..pinjam ye..Selalu kami ke sana malam2..amek gambar pun gelap je..

 Yang ni maggi goreng  ketam di Megi Ketam Bistro..jenis ketam ialah ketam laut yg biasa kita makan tu. Kat resto ni ada 2 jenis ketam- ketam nipah and ketam laut

Ada udang juga dalam hidangan maggi goreng ketam ni. Harga semangkuk maggi ketam kat sini around RM20-25. Budget besar sikitlah kalau nak dtg sini

Yang ni..maggi rebus ketam nipah. Ada sotong and udang juga..orang yg allergic seafood memang patut jauhilah hidangan ini..nanti gatal2 sana sini..hehe. BTW, ketam kat resto ni dihidang bulat2 kena ketuk2 gigit2 sendiri nak dapatkan isi..kena berusaha sikitlah bila makan kat sini..TK sebenarnya seorang yg sgt pemalas nak keluarkan isi ketam..

Kalau tak makan maggi boleh juga order nasi goreng ke or ketam sahaja..Lala pun ada..sedap you..Di Megi Ketam Bistro ada juga ikan bakar, makanan panas macam2..datang bawak perut je..

Oklah tu je kisah maggi ketam kali ni.. Selamat Bercuti..Enjoy your holidays!





Thursday, October 4, 2012

Jamuan Dan Terengganu Food


Salam..jumpa lagi..Bulan Ogos/ September yang lepas memang bulan makan2..Banyak sangat jamuan dua bulan ni. Walaupun raya dah berlalu..jamuan raya tetap jugak ON at my school..the last one minggu lepas - jamuan raya bilik guru cikgu2 tingkatan 3. Sebelum2 tu we had jamuan kelas2, jamuan  bilik guru tingkatan 6, jamuan bilik guru lelaki, jamuan bilik guru perempuan, jamuan asrama, jamuan bilik kakitangan makmal and jamuan cikgu2 yg naik pangkat..Makan je la 2 bulan ni..Rezeki jangan ditolak..hehehe. Berat badan TK pun dah naik 2 kilo dah..HAZAB! Berat badan yang naik ni haruslah dturunkan.... Nak buat camne, makanan Terengganu sedap-sedap!!

Biasanya jamuan2 kat sini menunya  semestinya menu makanan tradisional Terengganu or  Kelantan. TK pun dah terbiasa dengan makanan2 kat sini. So, kalau balik bercuti di Selangor, memang rindu nak makan makanan sebelah Pantai Timur ni..To me memang byk sgt makanan East Coast yg sedap2...

Posting kali ni nak share gambar-gambar makanan and gambar2  masa jamuan kat sini..


 Yang ni Puding Di Raja


Yang ni nasi arab...nowadays nasi ARAB sangat femes! ..TK paling suka nasi arab compared to nasi2 lain..Kebiasaannya kalau makanan berat jamuan2 kat sini..selalunya nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu

 Yang ni rojak buah Terengganu. TK suka sangat2
 Rojak buah ni dimakan dengan keropok..mmg pergh!!!!..Masa mula2 dtg Tganu dulu TK mmg tak pandai makan ni sebab tak pernah jumpa kat KL or Selangor or Kelantan..Sekarang ni SUPER LIKE la rojak ni

 Kuih Ropa inti daging juga I loike..
 Puding ni memang wajib ada di jamuan2 and TK suka juga..

Sate Ikan..yang ni budak2 bakar dalam kelas masa jamuan kelas hari tu..

 Tapai pulut pun selalu ada ..

 Nasi kerabu
Laksa lemak
 Mee Jawa Gong Kapas ni mmg selalu org order..femes di bandar KT ni

 Ais krim asam boi ni pun ada masa jamuan kakitangan makmal...
.

 loncong

paung

 lompat tikam

 keropok lekor rebus pun ada masa jamuan bilik guru perempuan hari tu....Dulu TK tak pandai makan sebab kita biasa makan yang goreng je...Sekarang sudah pandai makan...

Qasidah

Akok Berlauk

Ni masa jamuan kelas...setiap kelas bawak kek yg bermacam2

Lastly, saje je letak gambar limau ni..ni makanan satu dunia ye..


Next, gambar2 budak2 skola masa jamuan kelas hari tu..

Masa jamuan sekolah..students pakai baju raya masing2..Yg ni form 5 student..mmg vogue la dia hari tu...Ramai lagi yang bergaya sakan..Masa ni la dorang nak bergaya..hari lain kena pakai baju sekolah je kan..

 Ni masa Jamuan di kelas-kelas..semua pekerja sekolah termasuk tukang kebun, makcik cleaner and pembantu makmal, pekerja2 asrama joined beraya from class to class..
Yang ni dua2 budak Cina- Wei Ni and Mapel....siap tempah baju and beli tudung for jamuan raya sekolah hari tu..Yg pakai baju pink  tu (Wei Ni) puasa missed SEHARI je sebab tak sempat sahur katanya..Everyday dia bangun sahur 4:45 pagi and dia sms kawan2 Islam dia kejut bangun sahur. Budak2 ni dah biasa berkawan dgn budak2 Melayu so takde masalah nak mengikut cara hidup kita.


OK tu je la gambar yg TK nak share..Kepada kawan2 blogger yg ada anak2  yg bakal menduduki exams PMR, SPM or STPM..ke Good Luck and All the best from me.. .
.Sekarang cikgu2 semua sebok dengan extra classes..



Blog Widget by LinkWithin