Thursday, April 26, 2012

Nasi Mandy



Ni cerita tapow nasi mandy kambing minggu lepas. Kat bandar KT ni, yang TK tau ada dua tempat kita bole pegi kalau terasa nak makan nasi mandy iatu Restoran Al-Edrus kat Ladang and Restoran Al-Fateh kat Jalan Sultan Mahmud dekat Shell Batu Buruk tu. Nasi mandy kat Restoran Al -Edrus kat Ladang tu, memang pure nasi mandy Arab.  Nasi mandy kat Al-Fateh ni  pulak ala-ala nasi ayam gitew - nasi mandy mengikut selera orang Malaysia la kiranya.  My hubby and daughter prefer nasi mandy ala2 nasi ayam ni daripada yg original Arab tu.  TK pulak, suka belake..jenis bedal semua.

Nasi Mandy Kambing di restoran Al-Fateh, Jalan Sultan Mahmud. . BTW, nasi mandy kat Restoran Al-Fateh ni ada 2 jenis - ayam and kambeng.Our family prefer lauk kambing

Macam set nasi ayamkan? Berbeza dengan nasi mandy original arab, nasi mandy ni dihidangkan dengan sup (rasa sup nasi ayam), sayur and sambal cili tu (rasa sambal nasi ayam). Untuk orang yang tekaknya tak bole terima nasi Mandy Arab yang original tu, rasanya memang boleh terima nasi mandy Malaysiana ni..
Kambing tu hitam.. tapi sedap tau!


Air-air minuman dari Arab pun banyak kat restoran Al-Fateh tu. TK suka air jenama caesar. Plg suka juice peach or aprikotnya tapi kat restoran tu ada Lemon Mint je..Kat Resto Al-Fateh ada jugak menjual berbagai2 produk2 lain dari negara Arab.

Restoran Nasi Arab Al-Fateh dekat Shell Batu Buruk

Apa-apa pun, TK tengok ramai jugak orang makan  kat sini. Kira good business jugakla. Bagus jugak idea menyesuaikan menu nasi mandy mengikut selera orang Malaysia.

Friday, April 20, 2012

Universal Studio Singapore


Hari ni nak share gambar kat USS movie theme park. Bukan TK yang pegi tau... TK baru je habes pantang..tak ke mana pun.. Sebenarnya, hubby yang hari tu pegi USS. Lately ni, dia ada urusan keje kat Johor. Dah alang2 kat Johor, hubby pun ke USS masa cuti umum Pertabalan Agong hari tu....Jalan2 sambil hilangkan stress kerja katanya. Memandangkan TK tak dapat nak ikut sama, TK suruh dia snap2 gambar kat sana dan pesan kat dia jangan lupa beli fridge magnet yang cantik2. Dapat tengok gambar pun jadila.. TK tak tau la bila bole ke sana. Tunggu baby besar sikit baru bole jalan2 balik. 

Well, USS ni is definitely a fun and interesting place for children sebab dorang akan jumpa banyak cartoon characters and boleh naik all those rides for children. Budak2 sure suka banget. Mesti pegi situ taknak balik. Nak cerita byk2 bukan kita yang pegi but I can imagine la the excitement. BTW, attractions yang ada kat USS are The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City, The Lost World, Ancient Egypt, Far Far Away (yang ada Shrek), Madagascar, New York and Hollywood. So, below are the photos..

Ni tempat wajib amek gambar...

Ni pun tempat wajib posing...

Hollywood and New York attractions



Di Sci Fi City...
Ni roller coaster CYCLON vs HUMAN-the world's tallest duelling roller coaster. Orang yang suka naik roller coaster sure suka sgt dapat naik ni.  TK  pernah naik sekali je  roller coaster seumur hidup..biarla tak naik pun..memang takkan naik lagi pun..tobat! Still tak faham kenapa orang suka naik roller coaster!!


Di Ancient Egypt


Di Ancient Egypt-hubby naik roller coaster Revenge Of The Mummy...memang a horror ride katanya sampai dia sakit perut sangat2....

The Lost World


Popcornasaurus. Sedapnya popcorn..



Banyaknya stroller!


Ha! Ni bukan suami saya tau!!! Ini orang yang kehabisan bateri kamera tapi masih lagi nak bergambar hehehe..Nasib baik bateri hp hasben masih ada lagi..Kalau pegi situ make sure bateri handphone or camera mencukupi tau! Rasa nak amek gambar kat semua tempat ye...Tengok tu, si dia buat muka berangan dapat oscar...the correct way of posing!

 Dia buat muka kelakar lagi..sorry la ye dik..sesuka hati  je letak gambar awak kat sini....

Ni untuk orang yang nak bodek boss..sangat sesuai..tapi mahal weii..

Yang ini...takde maknanya!!!!

Anyway thanks to hubby tolong amek gambar- pakai handphone je sebab dia memang tak rajin nak usung DSLR..Anyway untuk orang suka amek gambar, you should really bring your DSLR. I can imagine memang best amek gambar kat situ..Satu lagi, hubby kata panas kat sana so kena pakai pakaian yang selesa dengan cuaca yang panas. Kasut pun kena selesa sebab kena berjalan jauh..


Tuesday, April 3, 2012

Minum Petang Tepi Laut



Dah lama tak posting pasal food. Ye la tengah pantang ni tak bole la nak keluar makan sesuka hatikan? Gambar2 food utk posting ni gambar lama..makan2 sebelum bersalin dulu. BTW, a few days sebelum bersalin, TK teringin sangat nak makan jeput /cucur/ jemput2/cekodok kat gerai  favourite TK  kat ICT Hj Pok Long kat Pantai Teluk Ketapang. ICT tu stands for Ikan Celup Tepung tau!   So petang tu, hubby bawakla ke sana. Bab2 makan ni, hubby ikutkan je masa tu. Lagipun, kita bukannya mengidam apa2 yang pelik and susah nak dapat. Setakat mengidam cucur tu..apalah sangatkan?

Sampai kat ICT Hj Pok Long..kekecewaan melanda.. jeput tak ready lagi rupanya..Kita ni dahla lapar sangat. Penyelesaiannya hubby bawak pulak le ke gerai ICT lain di Batu Rakit.  Hubby kata, nanti on the way balik, kita singgah pulak ke gerai favourite TK di Pantai Teluk Ketapang tu (nak jaga hati la tu)....So nak dijadikan cerita, kami pegi  ke 2 gerai ICT petang tu.


Mula2 ke gerai kat Batu Rakit ni. It's not my  favourite stall tapi ..suka view kat situ.. Cuaca ok sangat hari tu, laut biru..langit biru!!!Seronok sangat minum petang tepi laut ketika cuaca panas sambil minum ABC and air nyiur. Masa pregnant dah hujung2 tu TK byk minum air nyiur. Orang kata minum air kelapa boleh memudahkan kita bersalin.


Sambil minum sempat lagi snapped a few photos.




Kat gerai di Batu Rakit tu, TK order ABC dan air nyiur ..Makanan pulak cuma makan pisang goreng dan tapai goreng. TK memang suka sangat tapai goreng..yummy! Sorryla gambar tapai tak menggiurkan..Tinggal 2 ketul baru nak snap gambar..

 On the way balik, kami singgah gerai favourite TK- ICT Haji Pok Long kat airport tu..

Dapatlah makan  jeput yang diidamkan..Suka jeput ni sebab kecik2 and tak berminyak.
































Kesudahannya makan second round pulak..ambik itu ini..Puashati perut kenyang..Memang betul2 makan..hehe. Teringat...masa pregnant dulu selalu kawan2 usik "Ko ni perut dah sikit punya besar, makan tak kenyang2 lagi ke?"

 
One day, kalau TK tak duduk Terengganu lagi.., sure teringat nak makan jeput kat sini..and sure teringat minum2 petang di tepi laut..here in Terengganu.


Orang2 KT lain,  suka makan kat gerai ICT mana ye???


Blog Widget by LinkWithin