Salam semua...Sekejap je masa berlalu..Dah hampir seminggu kita berpuasa. Baru nak wish kawan2 semua Selamat Menyambut Ramadhan..Selamat Menunaikan Ibadah puasa..walaupun dah terlewat ni....
antara sedekah yang diterima
Ramadhan kali ni, ramai betul orang sedekah kurma begitu juga dengan juadah berbuka puasa. Ramai kawan2 yg sponsor... Anak2 murid yang baik hati pun ramai yg beri kurma pada cikgu2. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki yang diberi..terimakasih..memang tak termakan dan TK pun dah distribute pada org2 lain pula. Last week masa meeting, pengetua sekolah TK menitiskan air mata bila bercerita tentang anak2 murid di sekolah TK yang hidup dalam kemiskinan. Pengetua pergi ke rumah pelajar2 tu untuk menyampaikan bantuan. Ada yang makan nasi dengan garam je dan tinggal di rumah yang sangat daif.... Ada juga pelajar yang sentiasa berpuasa sebab takde duit belanja. Memang menginsafkan..Tu la bila kita makan mewah2 sampai membazir tu.. jangan dilupa ada orang yg makan nasi dengan garam sahaja dan hidup serba kekurangan....
Setiap kali tiba bulan penuh
keberkatan, pasti Kota Makkah penuh sesak dipenuhi umat Islam dari
seluruh pelusuk dunia terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Impian TK suatu hari nanti.. akan dapat merasakan suasana Ramadhan di
sana juga...tempat yang sering dirindui..
Bila berada dihadapan Kaabah, lupa segala hal duniawi..bagi mereka yang dah ke sana, tengok gambar Kaabah saje pun boleh menitis air mata kerana rindu...
Panas terik tak terasa..walaupun cuaca sangat panas dan manusia berhimpit2..
menyaksikan orang tawaf dari tingkat atas.. satu pemandangan yg sgt mengagumkan..
bersedia utk berbuka puasa
Berbuka puasa dengan air zam-zam dan kurma sebelum menunaikan solat maghrib...
Di Madinah..
Pemandangan yang sangat dihargai..ketika berada di kawasan padang pasir kering kontang..
Pemandangan yang sangat dihargai..ketika berada di kawasan padang pasir kering kontang..
Apa-apa pun semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Sama2lah kita mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini ..Marhaban Ya Ramadhan.