Friday, July 27, 2012

Ramadhan di Mekah


Salam semua...Sekejap je masa berlalu..Dah hampir seminggu kita berpuasa.  Baru nak  wish kawan2 semua Selamat Menyambut Ramadhan..Selamat Menunaikan Ibadah puasa..walaupun dah terlewat ni....


antara sedekah yang diterima

Ramadhan kali ni, ramai betul orang sedekah kurma begitu juga dengan juadah berbuka puasa. Ramai kawan2 yg sponsor... Anak2 murid yang baik hati pun ramai yg beri kurma pada cikgu2. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki yang diberi..terimakasih..memang tak termakan dan TK pun dah distribute pada org2 lain pula. Last week masa meeting, pengetua sekolah TK menitiskan air mata bila bercerita tentang anak2 murid di sekolah TK yang hidup dalam kemiskinan.  Pengetua pergi ke rumah pelajar2 tu untuk menyampaikan bantuan. Ada yang makan nasi dengan garam je dan tinggal di rumah yang sangat daif.... Ada juga pelajar yang sentiasa berpuasa sebab takde duit belanja. Memang menginsafkan..Tu la bila kita makan mewah2 sampai membazir tu.. jangan dilupa ada orang yg makan nasi dengan garam sahaja dan hidup serba kekurangan....

Posting kali ni...TK nak share gambar2  suasana ketika Ramadhan di tanah suci Mekah. Gambar2 ni kepunyaan hubby.



Setiap kali tiba bulan penuh keberkatan, pasti Kota Makkah penuh sesak dipenuhi umat Islam dari seluruh pelusuk dunia terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Impian TK suatu hari nanti.. akan dapat merasakan suasana Ramadhan di sana juga...tempat yang sering dirindui..

Bila berada dihadapan Kaabah, lupa segala hal duniawi..bagi mereka yang dah ke sana, tengok gambar Kaabah saje pun boleh menitis air mata kerana rindu...

Panas terik tak terasa..walaupun cuaca sangat panas dan manusia  berhimpit2..

menyaksikan orang tawaf dari tingkat atas.. satu pemandangan yg sgt mengagumkan..

bersedia utk berbuka puasa

Berbuka puasa dengan air zam-zam dan kurma sebelum menunaikan solat maghrib...


Kawasan ni pun penuh sesak pada waktu solat


Di Madinah..

Pemandangan yang sangat dihargai..ketika berada di kawasan padang pasir kering kontang..




Apa-apa pun semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Sama2lah kita mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini ..Marhaban Ya Ramadhan.





18 comments:

  1. Sedih dan insaf bila mengenang kan ada lagi kedaifan dan kemiskinan tegar dikalangan rakyat Malaysia dalam kita menikmati kemewahan ini.Tak ramai yang tahu tentang kesempitan segelintir mereka tu. Kalau dapat dibuat pendedahan dimana mereka tu pasti ramai antara kita yang bole membantu setakat termampu.Selamat menjalani ibadah puasa TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don worry kak, kami dah biasa jumpa anak2 murid miskin. Insyaallah, mereka akan dibantu. Ada org jdikan anak angkat atau syarikat2 jdkan anak angkat. Memang ramai lg rakyat malaysia yg miskin. Itupun sek saya di bandar kt. Klau di kg2...x taula...

      Delete
  2. teringin nak gisana.. minta2 smpi la hajat kita ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tk doakan mama yana menjadi tetamu allah. Alhamdulillah tk dah sampai ke sana tahun lepas tp bukan di bulan puasa.

      Delete
  3. impian saya juga utk ke sana...

    *selanat berpuasa TK

    ReplyDelete
  4. Slmt berpuasa buat Tk sekeluarga.
    dalam kita berbuka mcm2....terasa sedihkan bila ada yg berbuka ala kadar sbb keluarga tak mampu.ada yg terpaksa bekerja wpun masih sek utk membantu keluarga...
    melihat gambar di atas...teringin utk kesana....InsyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk dah biasa jumpa anak2 murid2 miskin...yg bekerja part time mmg ramai.
      Memang kesian...muka sedih je.

      Delete
  5. selamat berpuasa buat TK, sedihnya masih ada insan yang makan nasi bersama garam..bahagianya tengok gambar2 di mekkah tu..memang dalam hati teringin sangat nak ke sana pada usia muda supaya senang untuk membuat amal ibadat..rugilah bagi orang2 yang mampu tapi tak ambik kesempatan pada bulan ramadhan yang penuh barakah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegilah masa usia muda dan byk2 berdoa...pasti dimakbulkan.
      Jgn tunggu hari tua...rugi...
      Dah pegi pasti rindu...nak ke sana lagi..
      Semoga impian ke sana dimakbulkan..

      Delete
  6. Ya Allah...seronoknya dapat menikmati Ramadhan dan beribadah di tanah suci Mekah... thanks 4 sharing all the photos ye TK.

    Mmg insaf kan esp bulan ramadhan ni byk pembaziran makanan sedangkan ada anak2 yang kelaparan kerana dihimpit kemiskinan.

    ReplyDelete
  7. akak...i baru nak tanye, mana akak TK ni..skali tgk ari ni ade entry:) bile i nak dpt gi sana ni..harap2 berkesempatan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak doakan maya ye.....insyaallah..

      Delete
  8. mode...i'm taking some of the pics to put on my computer screen. I love you. Take care.

    ReplyDelete
  9. Sorry lambat sikit wish. Selamat mengerjakan ibadah puasa.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin