Thursday, August 9, 2012

Mood Raya


Salam u ols...Kejap je dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Ramadhan kali ni, memang TK rasa cepat sgt masa  berlalu..

Ada yang sibuk buat biskut raya ke? Rajinnya...!! TK every year kuih raya tunjuk2 je.. Tangan keraslah..buat biskut raya tak menjadi...tak sedap and tak kemas macam biskut beli..So, lebih baik beli sajalah..

BTW, last weekend, TK turun Johor jap..hubby ada urusan kerja so TK and anak2 pun ikut sama.  Pegi pun skejap sangat. Pegi Friday, the next day, rushing balik KT sebab Sunday TK sekolah..

 Kali ni,  hubby bawak TK ke Azhar Food Supplier kat Rengit, Batu Pahat. First time TK pegi situ... Anyone from Rengit??  BTW,Azhar Food Supplier ni dikenali sebagai pengeluar, pengimport dan pemborong makanan ringan dan  juga popular sebagai hab pemasaran pelbagai produk industri kecil dan sederhana (IKS) di Johor..  Di musim nak raya ni ramailah org Johor and Singapore dtg situ...Banyaknyalah jajan2, kerepek-kerepek dan biskut2 raya, kek2, asam2, coklat dan segala macam makanan yang dijual untuk sambutan Hari Raya. It's a very huge store! TK tak pernah pegi tempat yg ada jual makanan ringan yg sgt banyak  macam tu. Kerepek/keropok je pun dah berpuluh2 jenis...memang gua jadi jakun kat situ hehe...rambang mata tengok....Hubby siap bisik  ke telinga suruh banyak2 bersabar..hehe.


Bila masuk Azhar Food ni TK  TERbeli sakan la pulak ...maklum le first time pegi..rambang mata gitu..tapi takpe la kan...last2 minute memang selalu biskut raya TK tak cukup stok sebab nak hulur kepada kawan2, mak and  mak mentua, pengasuh anak, anak nak bawak balik ke asramalah.. ..memang panjang list. Today pun dah ramai dah kawan2 bagi kuih raya..so kena balaslah nanti..

Masa ni around pukul 10 pagi. Kedai baru sejam dibuka tapi orang dah ramai..

mostly semua orang akan ambil 2 bakul.. Satu bakul memang gerenti tak cukup

 Obviously, makcik ni memerlukan lebey dari satu bakul meh...Tak muat bakul tu makcik!!

Kerepek2 yg bermacam2

Harga biskut yg paling mahal ialah RM21/-Oleh kerana terlampau banyak jenis..kena pandai2 lah pilih yang mana yg agak2 nampak sedap..

Asam2 pun banyak..

Biskut Mama Carrie ada mcm2 color! 
Yang kat rak2 ni kuih2 yg tradisional sikit..regenya around RM14-16. Biskut2 pesen lama ni kadang2 susah nak jumpa tapi kat Azhar FS ni semuanya ada..

 TK beli agar2 kering ni ...sedap!!!

Membeli sakan orang Singapore ye..Memang best la gi sini..Harga makanan sangat berpatutan..

Nak tau kat mana Azhar Food tu senang je..byk kereta berderet di bahu jalan depan Azhar F.S tu..


While in Johor, we also stopped at Johor Premium Outlet. It was my second time kat JPO. First time pegi masa cuti sekolah hari tu....Oleh kerana kesuntukan masa, kami kat JPO dalam 2 jam je hari tu..

 Dalam masa 2 jam tu, sempat jugaklah grabbed mana2 yang patut. Sales ok jugak.. memang berbaloi pegi hari tu..



Si abang offer diri untuk menggendong adiknya masa kat JPO. Adik kalau bawa ke mana2 pun tak meragam. Diam aje..

Kakak punya turn layan adik...

 Si abang suruh kami beli kasut for adik baby juga..Kat  kedai Adidas ni, TK jumpa my ex-student from Terengganu jadi cashier kat situ..what a small world..so bertambah2 discount kami dapat..

Barang2 kat JPO mmg stok lama sikit but  taklah lama sgt..so I think it's still worth it to buy and kena pandai2lah pilih barang. Beli barang biarlah berpatutan dengan regenya..


OKlah tu je kali ni..Selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat memaksimumkan 10 ramadhan terakhir..





8 comments:

  1. Salam TK. baru dok angan2 nak buat kerepek raya nanti....dah TK tayang kerepek...jelesnya ...kalau kat Msia mmg beli.sedap kerepek buat kunyah.maju kedai tu...nengok kereta berderet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya nak buat kerepek apa tu?
      Ubi and pisang muda senang tak nak jumpa kat sana?
      Biasa kalau ke rumah org masa raya TK makan kerepek2 je..
      Biskut2 bila dah banyak..tak berapalah..

      Delete
  2. Ishh...seronoknya tgk byk biskut raya tuu..blh rambang mata dibuatnya!!
    Akak pun tunjuk2 juga..kita genglah!

    Slmt berpuasa & berbuka ya!
    :)
    Take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak balik Ganu ke?
      Selamat Berpuasa n selamat Berbuka to akak too!

      Delete
  3. Salam TK, agar2 kering mmg susah nak jumpa sekarang ni.. cantik pulak ngan warna-warni..

    ReplyDelete
  4. Agar2 kering tu cantik, nak try turun Rengit la satu hari nanti. Sikecik tu comel betul dalam dukungan abang tu.Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  5. Akk yg org johor pun tak pernah sampai kedua2 tempat ni....jpo tu lagi la....jakun agaknya kalau masuk.

    ReplyDelete
  6. salam TK, seronoknya dapat membeli belah tempat camtu..geram tengok, mesti rambang mata nak memilih. suka makan agar2 kering tu tapi susah nak dapat..aduiii, teringin la plak..haha..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin