Friday, February 10, 2012

Suka Pegi Pasar TEMAN


Sekejap je dah weekend balik bagi kami di East Coast. Lately ni, kalau balik ke KB on Friday, TK suka pergi ke Pasar TEMAN di Tunjong, Kota Bharu. TEMAN ialah singkatan untuk Terminal Agribisnes Negara. Pasar TEMAN ni macam pasar borong and it's very huge!!! Ada a few blocks.....Every morning until noon, ada pasar pagi kat situ dan Pasar taninya hari Sabtu. Last month, 2 minggu berturut2 TK pegi Pasar Teman nak cari DURIAN sebab family nak makan pulut durian....


Ni di blok buah-buahan dan sayur-sayuran

Barang kelengkapan dapur , makanan kering dan basah..semua ada..

Tudung2 ni memang wajib ada..

Selain dari pet animals macam ikan, arnab or hamster, binatang ternakan seperti ayam, itik, angsa pun ada...segala binatang ada!

Buah-buahan memang banyak!!!

This is not green apple..Ni buah bidara...Suka jugak buah ni..rangup je. Dulu masa sekolah kawan-kawan dari sebelah UTARA ajar makan buah ni..Kat Selangor tak jumpa pun..

Manggis, ciku, pomelo, jambu...Semuanya TK beli...I became so greedy!

Jagung yang dah togel.. untuk buat jagung bakar

Jambu madu hanya RM4 atau RM5 sekilo. Kalau kat KT regenye.. RM10/- sekilo!!!
Kalau dah nampak pulasan..rambutan dah tak pandang. Pulasan lagi sedap..

Durian D24 kat Pasar Teman around RM7 or RM8 sekilo. Murah je..

Tu dia... pulut dimakan dengan durian D24 yang dibeli di Pasar TEMAN! 2 minggu berturut2 ke situ cari durian..Dulu TK tak pandai makan pulut durian tapi sekarang suka...Kawan2 yang berasal dari UTARA Malaysia selalu buat jamuan pulut durian di sekolah.....Memang sedap pulut durian ..finger licking good!

Satu lagi yg TK suka kat situ ialah kuih cakuinya..Selalunya TK akan beli banyak ..dalam RM10/. Sedap makan panas2 dalam kereta...Selain dari kuih2, makanan pagi macam nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk semuanya ada..MURAH!!!!




22 comments:

  1. TK Sensei,
    Yeah!!! Hari ni boleh komen. Blogger tak suka kita orang tau, banyak entry sebelum ni tak dapat nak komen. Kenapa ye? Sabor jelah....

    Eh eh....kita pun nak pergi cari TEMAN ni. Kat Selangor ada ke? Geramnya tengok pulut durian tu tapi dua-dua kucing tak boleh makan...nanti bulu gugur Mama kata. Ke sebab dia nak makan semua? purrr....meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I had the same problem too..tak bole komen kat blog org at times.Pasar Teman xde kat Selangor. Kat Ipoh ada..

      Delete
  2. salam TK
    aisehhh itu hari masa balik klate, tk sempat nk pi pasar ni. mak pun ckp best pi sini ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali balik klate..make sure gi..cakui tu sedap weh!

      Delete
  3. TK,

    Durian tu nampak best sangat2, mcm terasa sedapnya..hehe :-)..buah pulasan memang my favourite tapi susah juga nak dapat kan.

    ops..tengok jagung teringat ada satu jagung rebus that I bought odw back dari KT hari tu.. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap durian tu..i dok teringat kelazatannya sampai today..hehe. I suka sgt jagung. Ye la on d way here kat byk jagung tepi jalan tapi jarang singgah beli.

      Delete
    2. Kat tempat jagung tu I suka beli jelly kelapa..hari tu with my fmly we all borong from one shop..lega tuan kedai..hehe..

      btw, kedai TEMAN tu sebelah pasar khadijah ke? i think masa I pergi dgn friends masih in construction :-)

      Delete
    3. No..bukan kat psr khadijah. Kat simpang empat- hiway pasir mas. After Wakaf Che yeh. From KB turn right at the junction. Sebelah Khadijah tu Parkson/Giant.

      Delete
  4. Replies
    1. Hi Azian..thanks for dropping by!!

      Delete
  5. Alahai..Mak isah tak leh tengok durian, murah sangat kat sana. Jeles Mak isah ni hah

    Salam hujung minggu TK :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hujung Minggu to you to..MAk Isah..
      I thought kat sebelah Sabah sana durian lagi murah!

      Delete
  6. Tk -saya pum suka pi pasar . Kalau pi mana2 oversea memang akan cuba stop kat pasar sebab kekadang you can see the real culture just by visiting tje market

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAlau kat Oversea pasar memang menarik. Kalau negara sejuk buah2an kat pasar dorang sure looks good. At some places, bole try rasa pulak tu!

      Delete
  7. Salam TK,

    Mak Oi, terliur I tengok. Memang semua nampak sedap2 belaka. I tak pernah lagi cuba pulut durian...nak juga rasa next time bila jumpa. Murah betul harga buah2 kat sana ya. Kalau I pun, I akan borong semua! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla pulut durian..sedap..but kalau tgh diet kena pikir dua kali..lemak creamy santan tu..bole rosakkan diet..hehe

      Delete
  8. Salam buat TK, buah pulasan lebih sedap dari rambutan, tapi kini sangat susah nak dapat kat KL kecuali kat kg2 tertentu.Rambai manis pun mengoda tapi susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Timakasih singgah blog TK. Kat kampung macam2 buah ada...Kat belah2 pantai Timur ni pun senang nak dapat segala mcm buah..memang best!

      Delete
  9. Next time nak pesan buah bidara boleh. Saya suka gak pergi pasar tengok binatang-binatang. Banyak buah-buahan best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, bolelah u tanam buah bidara in your garden. Boleh je kalau you nak suruh I beli kalau I pegi. Terengganu takde. Kat Kelantan je ada...

      Delete
  10. oh sis! i yg tgk di alam maya mcm ni pun, dah teruja..kak, buah bidara tu mmg mcm epal ek? tapi camne nak beza tu bidara dgn epal..nampak serupa jek..heheh..pulut durian, cakoi..kak, sume kesukaan akak adalah kesukaan i jugak..weee..serious teruja nak gi sana:)

    ReplyDelete
  11. Buah bidara kecik skit. Gambar tu akak crop nampak besar pulak buah bidara tu. Biji buah bidara cam biji buah plum.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin