Lately kat KT memang cuaca panas sangat rasa nak makan benda sejuk2
je. Anak2 pun pegi kedai asyik mintak aiskrim je.. Nak beli stok ais krim, freezer rumah dah penuh dengan stok EBM (susu ibu) si baby. Baby pun ada stok aiskrim jugak! TK pulak kalau ke kedai, tak boleh tengok aiskrim Magnum Almond...terliurnya. .Memang dah tak pantang langsung dah maknya pun sekarang ni hehe.
Semenjak Tutti Frutti ada kat KT ni, anak dara TK yg sorang tu pandai
sungguh memujuk rayu suruh berenti kat Tutti Frutti everytime kami lalu
situ. Selalunya TK suruh dia pegi sendiri I tunggu dalam kereta sebab area outlet tutti frutti tu mmg susah cari parking. However, last week, kami pegi Jumaat tengahari yang lengang so bole parking straight depan kedai and kami dua orang je ada dlm kedai masa tu.. BTW, Tutti Frutti ni depan Hotel Tanjung Vista at Jalan Sultan Zainal Abidin, KT. Di Kota Bharu pun dah ada 2 outlet Tutti Frutti sekarang ni..
Kebetulan my ex-student tengah jaga kedai so layanan tip top...semua flavours kami dapat rasa
My daughter tu sebenarnya sukakan part letak2 topping tu sebab tu la suka sgt pegi TF......
Everytime pegi, my daughter akan amek chocolate flavour je. Amount dia amek pun sama je tiap kali...harga pun sama..around RM10-12..Kalau si abangnya amek banyak2 sesuka hati tak hengat dunia..!! Memang kalau fikir beli aiskrim Magnum dapat berapa batang nak dibandingkan dgn yogurt TF tapi yogurtkan kurang lemak and baik untuk perut...Adalah juga khasiatnya....
yang ni mama punya...
TK suka baby passion pop. Bila gigit rasa macam gigit telur ikan masa makan sushi..
Yang ni pulak sherbet beli kat Giant. Sherbet ni frozen dessert rasa buah2an macam sorbet tapi dicampur susu. Anak2 dan maknya suka sangat sherbet ni.TK terjumpa yang 4 flavours sekotak 2 bulan lepas. Selalunya kami beli satu2 kat Ayamas..
Mangosteen flavour
Orange flavour
TK paling suka perasa lychee dengan melon. Keempat2 perisa
pun sangat2 sedap cuma mangkuknya kecik2and sikit isinya....tak puas makan..Sorbet or sherbet memang my favourite sebab rasa buah2an.
Ni cerita pasal hari ibu, Ahad lepas (kat sini Ahad kan school day), balik je dari sekolah my daughter kata ramai kawan2 buat tempahan cupcakes untuk mak dorang from one of her seniors. My daughter kata dia tak tau bole buat tempahan so dia takde cupcake for me. ..Yang ada cuma lukisan cupcake je katanya..Takpelah nak ye...lukisan pun jadilah...mak ni pun dalam proses nak kuruskan badan...dahlah selalu makan aiskrim..
Malam tu dia ajak ayah dia keluar beli kad.....Patut pun tak kasi mama ikut...










