Tuesday, May 15, 2012

Yogurt, Ice-cream Dan Sherbet




 Lately kat KT memang cuaca panas sangat rasa nak makan benda sejuk2 je. Anak2 pun pegi kedai asyik mintak aiskrim je.. Nak beli stok ais krim, freezer rumah dah penuh dengan stok EBM (susu ibu) si baby. Baby pun ada stok aiskrim jugak! TK pulak kalau ke kedai, tak boleh tengok aiskrim Magnum Almond...terliurnya. .Memang dah tak pantang langsung  dah maknya pun sekarang ni hehe.


Semenjak Tutti Frutti ada kat KT ni, anak dara TK yg sorang tu pandai sungguh memujuk rayu suruh berenti kat Tutti Frutti everytime kami lalu situ.  Selalunya TK suruh dia pegi sendiri I tunggu dalam kereta sebab area outlet tutti frutti tu  mmg susah cari parking. However, last week,  kami pegi Jumaat tengahari yang lengang so bole parking straight depan kedai and  kami dua orang je ada dlm kedai masa tu.. BTW, Tutti Frutti ni depan Hotel Tanjung Vista at  Jalan Sultan Zainal Abidin, KT. Di Kota Bharu pun dah ada 2 outlet Tutti Frutti sekarang ni..
Kebetulan my ex-student tengah jaga kedai so layanan tip top...semua flavours kami dapat rasa


 My daughter tu sebenarnya sukakan part letak2 topping tu sebab tu la suka sgt pegi TF......


 Everytime pegi, my daughter  akan amek chocolate flavour je. Amount dia amek pun sama je tiap kali...harga pun sama..around RM10-12..Kalau si abangnya amek banyak2 sesuka hati tak hengat dunia..!! Memang kalau fikir beli aiskrim Magnum dapat berapa batang nak dibandingkan dgn yogurt TF tapi yogurtkan kurang lemak and baik untuk perut...Adalah juga khasiatnya....

  yang ni mama punya...


TK suka baby passion pop. Bila gigit rasa macam gigit telur ikan masa makan sushi..

 Petang tu pegi Mc Donald my daughter nak sweet caramel sundae kat Mc Donald pulak. Beriya2 dia nak beli tapi makan sikit je. Maknya jugaklah yg habiskan sebab sayang membazir kononnya.. dan maknya jugaklah yang tak kurus2 nanti.... 

Yang ni pulak sherbet beli kat Giant. Sherbet ni frozen dessert rasa buah2an macam sorbet tapi dicampur susu. Anak2 dan maknya suka sangat sherbet ni.TK terjumpa yang 4 flavours sekotak 2 bulan lepas. Selalunya kami beli satu2 kat Ayamas..

Mangosteen flavour

Orange flavour

TK paling suka perasa lychee dengan melon. Keempat2 perisa pun sangat2 sedap cuma mangkuknya  kecik2and sikit isinya....tak puas makan..Sorbet or sherbet memang my favourite sebab rasa buah2an.

Ni cerita pasal hari ibu, Ahad lepas (kat sini Ahad kan school day), balik je dari sekolah my daughter kata ramai kawan2 buat tempahan cupcakes untuk mak dorang from one of her seniors. My daughter kata dia tak tau bole buat tempahan so dia takde cupcake for me. ..Yang ada cuma lukisan cupcake je katanya..Takpelah nak ye...lukisan pun jadilah...mak ni pun dalam proses nak kuruskan badan...dahlah selalu makan aiskrim..

Malam tu dia ajak ayah dia keluar beli kad.....Patut pun tak kasi mama ikut...






12 comments:

  1. Saya duduk sepelaung je dari Tutti Fruiti ni, tapi sampai sekarang belum pernah cuba pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dekat sangat..macam tu la selalunya..:)

      Delete
  2. Tak pernah rasa lg tutti fuiti...hehe:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anytime bole pegi rasa...
      Bg saya Yogurt taklah sesedap aiskrim..

      Delete
  3. Salam TK. kat KT dah ada 2 caw tutti fruiti...bestnya..budak2 mmg suka tengok topping mcm2 tu. deko kedai pun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KB yg ada 2 TF..Mmg betul..budak2 suka letak2 topping ni..tapi kalau topping banyak2 berat la pulak..

      Delete
  4. Masa adik datang visit tempoh hari ada dia kata tutti fruiti ni ada open dekat rumah mak. Hmmm...macam kena paw paw je kakak dia bila balik nanti kalau singah...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena paw2 punya...Rumah mak kat Ladang ke?

      Delete
  5. Amboi sedap2nya collection ni..mujo lah dah tgh mlm..if masa siang adalah yang start kereta pergi cari..hehe..

    Last Friday you were there at TF? Rasanya masa tu we all pun passed by, I mentioned to my sister and nieces tapi tak de yg nak..if not kita jumpa lah kot :-D.

    Anyway..selamat berjaya in usaha menurunkan those extra kgs..i pun kena do the same (lagi byk kg dari u..haha)

    and SELAMAT HARI GURU!..semoga sentiasa dirahmati and diberkati Allah segala usaha yang telah dilakukan untuk menyampaikan ilmu.

    Have a wonderful Teacher's day!

    :-)

    ReplyDelete
  6. Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
    1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
    2~BUKTI 2 * (HOT)
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4
    5~BUKTI 5 * (HOT)
    6~BUKTI 6
    7~BUKTI 7
    8~BUKTI 8
    9~BUKTI 9
    10~BUKTI 10

    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

    ReplyDelete
  7. i x pnh gi tuti frutty ni sis..mungkin sbb masing2 kureng sket dgn yogurt..tp kalau eskem...i x tolakk..hehe..especially magnum...ohh..ohh..heaven!!!!:))

    ReplyDelete
  8. Dall'Italia un caloroso saluto...ciao

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin