Wednesday, May 30, 2012

Cerita Baby and Makan2 di KB


 Salam u olls..Lama tak hupdate belog..sebok ke sana sini cuti sekolah ni. Hari ni baru ada masa free nak update belog and I am actually blogging from my mother's house. We left Terengganu last Sunday. Sebelum tu, timakasihlah kepada kawan2 yang sudi singgah belog TK yang tak seberapa ni.

Hari ni entry caca marba..Mula2 nak cerita pasal my baby yang dah masuk 3 months. Alhamdulillah sekarang ni baby tak banyak meragam..Cuti2 sekolah ni, abang, kakak dan sepupu2 dia banyak tolong tengok2kan dia....Berebut2 dorang nak dukung and tukar diapers dia..Naik stroller pun berebut2 nak tolak ..sampai gaduh2. In the end, TK suruh semua orang pegang stroller sikit sorang...Satu stroller 4 orang tolak....Hopefully lepas2 ni dia semakin senang nak handle. 

 
 Baby Khayra Irdina

Actually, start je cuti last Friday, TK sebenarnya terus bawak anak2 berjumpa nenek and atuk dorang di KB dulu. Anak TK yg lelaki tu semenjak duduk asrama memang jarang2 dapat jumpa atuk neneknya. Cuti sekolah ni je la peluang nak berjumpa atuk nenek / pakcik makcik and the cousins. From KB, kami terus balik rumah my mother pulak.  Dapatlah anak2 berjumpa makcik pakcik and the cousins my side pulak. Mana2 pegi pun, aktiviti kami takde lain.. makan....makan dan makan...hehe

Ni nak share gambar makan2 di Restoran Wau di KB...TK penah dah buat posting pasal resto Wau ni sebelum ni....

First time kami try ABC kat resto Wau.. ABC ni.. makan 4 orang pun tak habes...

Ni air Choc Milk which is my dotter's favourite

 Mee Hoon Hailam ..

Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit..
mix vege dlm piring yg kecik..
Nasi Goreng Pattaya


Cucur udang yang sedap giler...!!!

Pengat dan pulut...Kat Kelantan pengat dimakan bersama pulut..Pulut tak nampak tersembunyi at the bottom of the mangkuk


Baby tido nyenyak everytime kami singgah makan..Sebelum kita kenyangkan perut kita, kita kenyangkan perut dia dulu...

Tomorrow we will be leaving KL nak bercuti2 di Johor and Singapore pula, Insyaallah..




Tuesday, May 15, 2012

Yogurt, Ice-cream Dan Sherbet




 Lately kat KT memang cuaca panas sangat rasa nak makan benda sejuk2 je. Anak2 pun pegi kedai asyik mintak aiskrim je.. Nak beli stok ais krim, freezer rumah dah penuh dengan stok EBM (susu ibu) si baby. Baby pun ada stok aiskrim jugak! TK pulak kalau ke kedai, tak boleh tengok aiskrim Magnum Almond...terliurnya. .Memang dah tak pantang langsung  dah maknya pun sekarang ni hehe.


Semenjak Tutti Frutti ada kat KT ni, anak dara TK yg sorang tu pandai sungguh memujuk rayu suruh berenti kat Tutti Frutti everytime kami lalu situ.  Selalunya TK suruh dia pegi sendiri I tunggu dalam kereta sebab area outlet tutti frutti tu  mmg susah cari parking. However, last week,  kami pegi Jumaat tengahari yang lengang so bole parking straight depan kedai and  kami dua orang je ada dlm kedai masa tu.. BTW, Tutti Frutti ni depan Hotel Tanjung Vista at  Jalan Sultan Zainal Abidin, KT. Di Kota Bharu pun dah ada 2 outlet Tutti Frutti sekarang ni..
Kebetulan my ex-student tengah jaga kedai so layanan tip top...semua flavours kami dapat rasa


 My daughter tu sebenarnya sukakan part letak2 topping tu sebab tu la suka sgt pegi TF......


 Everytime pegi, my daughter  akan amek chocolate flavour je. Amount dia amek pun sama je tiap kali...harga pun sama..around RM10-12..Kalau si abangnya amek banyak2 sesuka hati tak hengat dunia..!! Memang kalau fikir beli aiskrim Magnum dapat berapa batang nak dibandingkan dgn yogurt TF tapi yogurtkan kurang lemak and baik untuk perut...Adalah juga khasiatnya....

  yang ni mama punya...


TK suka baby passion pop. Bila gigit rasa macam gigit telur ikan masa makan sushi..

 Petang tu pegi Mc Donald my daughter nak sweet caramel sundae kat Mc Donald pulak. Beriya2 dia nak beli tapi makan sikit je. Maknya jugaklah yg habiskan sebab sayang membazir kononnya.. dan maknya jugaklah yang tak kurus2 nanti.... 

Yang ni pulak sherbet beli kat Giant. Sherbet ni frozen dessert rasa buah2an macam sorbet tapi dicampur susu. Anak2 dan maknya suka sangat sherbet ni.TK terjumpa yang 4 flavours sekotak 2 bulan lepas. Selalunya kami beli satu2 kat Ayamas..

Mangosteen flavour

Orange flavour

TK paling suka perasa lychee dengan melon. Keempat2 perisa pun sangat2 sedap cuma mangkuknya  kecik2and sikit isinya....tak puas makan..Sorbet or sherbet memang my favourite sebab rasa buah2an.

Ni cerita pasal hari ibu, Ahad lepas (kat sini Ahad kan school day), balik je dari sekolah my daughter kata ramai kawan2 buat tempahan cupcakes untuk mak dorang from one of her seniors. My daughter kata dia tak tau bole buat tempahan so dia takde cupcake for me. ..Yang ada cuma lukisan cupcake je katanya..Takpelah nak ye...lukisan pun jadilah...mak ni pun dalam proses nak kuruskan badan...dahlah selalu makan aiskrim..

Malam tu dia ajak ayah dia keluar beli kad.....Patut pun tak kasi mama ikut...






Tuesday, May 8, 2012

Pasar Jelawat

Assalamualaikum everyone...

Lately ni I have less and less time for blogging..tapi nak jugak berblogging. Nak buat macamana..blogging ni dah jadi mcm hobi dan tabiat. Biarlah orang tak baca blog kita pun..What I like about blogging ni kadang2 buat otak berjalan..ialah... because everyday we would be thinking what we would blog about next....Bila kita blogwalking pulak, banyaklah kita singgah2 di blog2 orang, dapat byk info, new recipes, discover new things and get to know other bloggers...Seronok jugak. Bila lama tak blogwalk rasa mcm banyak yg kita ketinggalan. Bila kawan2  ada posts baru pulak, excited je nak ke blog kawan2..so everyday I have something to look forward to...cuma  masa je yg tak mengizinkan nak berlama2an ngadap blog. Kejap2 terdengar suara yg nyaring menjerit2. Si baby la tu...

Hari ni TK upload gambar2 ambil kat Pasar Jelawat masa balik KB last week. Everytime balik KB berangan nak ke sana- sini. Last sekali tak ke mana pun lebih2 lagi dah ada baby ni. Nak tinggal dia walau sekejap pun tak sampai hati..Last week  sempat singgah pasar Jelawat je, yang kita mesti pass by on d way balik KT.  Kat pasar Jelawat pun I belasah amek gambar..Singgah pasar tu nak beli sayur sebenarnya..
To me, pasar2 di Kelantan memang happening, ada macam2..murah pulak tu!!! Duduk kampung memang mewah dengan makanan...


 Ni putik tembikai yang kiut miut untuk dibuat sayur..sedap tau! Kat KL memang tak jumpa!

Sekarang ni musim buah jagus/gajus..banyak bergayut2 kat pokok..TK suka masakan Terengganu gulai lemak sayur yang letak buah gajus tu.  Sedap giler!!!

Ni ketupat dengan sambal ikan. Very traditional -sambal ikan bungkus dengan daun pisang.

 Kuih topi favourite anak2

Musim buah mangga dah nak berakhir...kata penjual buah tu..

 Laksam and Laksa Penang di packing2..RM1 satu bungkus. Actually semua jenis makanan kat pasar tu dipacking singgit2. .Kuih-muih 4 singgit. Sedap pulak laksam tu..kuahnya lemak ikan banyak wpun singgit je...Kat kampung, bekfast 2 ringgit dah kenyang sangat.


  Kuih favourite TK

Tapai ubi..

 Oklah..tu je gambar2 untuk kali ni..Gambar2 semua saya edit dgn instagram..Konon2nya...orang berinstagram kita pun nak berinstagram jugaklah walaupun sangat malas nak upload gambar..


Blog Widget by LinkWithin