Sunday, November 4, 2012

Raya Korban



Jumpa lagi..Seminggu raya  dah berlalu.. baru hari  ni nak share gambar raya korban. Lately ni, sebok memanjang. Dah ujung2 tahun nak cuti sekolah ni.. memang macam tu lah.. keje byk sangat. Esok our lower six students dah start exam STPM Modular. Tahun ni, lower six  pakai sistem semester. Kalau fail paper dorang kena repeat la. Anyway, this week minggu terakhir sekolah. 4 hari je lagi sekolah..

Back to cerita raya..Every year, TK sekeluarga memang akan balik ke Kelantan untuk sambut Hari Raya korban. Every raya, keluarga hubby mesti akan buat korban di rumah.  Di Kelantan, korban dibuat di rumah masing2 dan memang kebanyakan rumah ada buat korban sebab tu raya haji terasa kemeriahannya..

Pagi tu lepas sembahyang raya dan makan2 di pagi raya kami siap2 untuk korban..

Ini  makcik  TK masa lafaz akad jual beli lembu korban. Lepas akad jual beli, kita usap2 lembu tu..Lepas semua orang dah lafaz akad jual beli, kami pun tunggu turn..menunggu tukang sembelih pulak datang..This year, mak TK di Selangor pun amek satu bahagian dari korban ni, so TK wakilkan mak juga.

Tahun ni raya korban pertama for my baby khayra. Baby menjerit2  kesukaan nampak lembu...Masa ni baby baru bangun tidur..tak mandi lagi..Cousin baby,  tgh dukung dia .

Masa ni dah mandi dah..baby didukung oleh makcik TK . Pakcik tukang sembelih lembu tu still belum sampai lagi..Lama jugak menunggu dia

Tu dia pakcik tukang sembelih yang ditunggu2..Kami punya turn  yang ke 9 pagi tu...just imagine...so kami menunggu agak lama juga....and he had many more places to go at that time..Memang tiap2 kali korban kami akan gunakan khidmat pakcik ni..for so many years already. 




  Mak mentua tak sihat masa tu so we let Pok Mat yg pakai kopiah tu  uruskan semuanya sekali. Daging kemudian  disedekahkan or dihadiahkan pada orang miskin or sedara mara..Sementara the men uruskan daging, orang pompuan masak2 di dapur and served lunch untuk orang2 yang uruskan daging tu...

BTW, ni kek raya TK beli sehari sebelum raya kat kedai kek Cinta kat KB. Kat KB memang byk kedai kek and roti.  Sedap2 pulak tu roti dan kek kat sana. Kek ni ada diskaun sempena raya korban. Ikut tema raya la kek ni kononnya..Kek dijual dalam kotak moo moo..

 Moo moo cake ni  is a milk cake..so rasa susulah kek ni..cream dia  rasa lemak susu..sedap!!!

Next...biasanya lepas korban ramailah sanak-sedara and jiran-jiran yg ajak makan. Petang  tu kami dijemput makan di rumah sedara di sebelah rumah MIL. Ramai jugak tetamu yg datang termasuklah diriku yang tengah lapar masa tu...

Ni lauk typical orang jamu lepas korban di Kelantan..daging goreng and singgang daging..simple je tapi sedap to me...
 Ni makanan yg menaikkan selera- budu, sambal and ikan rebus goreng..sodap..

Ulaman2an . Altogether ada 8 jenis ulam..  I love kampung food yang simple2 camtu. Perut pulak tgh lapar masa tu..


Dessert - sagu dimakan dengan nisan dan santan..Sedap juga..To me semuanya sedaplah.. takde apa yg tak sedap sebab kita jenis bedal semua....hehe.

Tu je la gambar yg sempat di snap2 masa raya korban hari tu..Panjang umur murah rezeki boleh korban lagi Aidil Adha tahun depan.


Timakasih singgah blog TK!







Blog Widget by LinkWithin