Dah lama tak posting pasal food. Ye la tengah pantang ni tak bole la nak keluar makan sesuka hatikan? Gambar2 food utk posting ni gambar lama..makan2 sebelum bersalin dulu. BTW, a few days sebelum bersalin, TK teringin sangat nak makan jeput /cucur/ jemput2/cekodok kat gerai favourite TK kat
ICT Hj Pok Long kat Pantai Teluk Ketapang.
ICT tu stands for
Ikan Celup Tepung tau! So petang tu, hubby bawakla ke sana. Bab2 makan ni, hubby ikutkan je masa tu. Lagipun, kita bukannya mengidam apa2 yang pelik and susah nak dapat. Setakat mengidam
cucur tu..apalah sangatkan?
Sampai kat ICT Hj Pok Long..kekecewaan melanda.. jeput tak ready lagi rupanya..Kita ni dahla lapar sangat. Penyelesaiannya hubby bawak pulak le ke gerai ICT lain di Batu Rakit. Hubby kata, nanti on the way balik, kita singgah pulak ke gerai favourite TK di Pantai Teluk Ketapang tu (nak jaga hati la tu)....So nak dijadikan cerita, kami pegi ke 2 gerai ICT petang tu.

Mula2 ke gerai kat Batu Rakit ni. It's not my favourite stall tapi ..suka view kat situ..
Cuaca ok sangat hari tu, laut biru..langit biru!!!Seronok sangat
minum petang tepi laut ketika cuaca panas sambil minum ABC and air
nyiur. Masa pregnant dah hujung2 tu TK byk minum air nyiur. Orang kata minum air kelapa boleh memudahkan kita bersalin.
Sambil minum sempat lagi snapped a few photos.
Kat gerai di Batu Rakit tu, TK order ABC dan air nyiur
..Makanan pulak
cuma makan pisang goreng dan tapai goreng. TK memang suka sangat tapai
goreng..yummy! Sorryla gambar tapai tak menggiurkan..Tinggal 2 ketul baru nak snap gambar..
 |
On
the way balik, kami singgah gerai favourite TK- ICT Haji Pok Long kat airport tu..
Dapatlah makan jeput yang diidamkan..Suka jeput ni sebab kecik2 and tak berminyak.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesudahannya makan second round pulak..ambik itu ini..Puashati perut kenyang..Memang betul2 makan..hehe. Teringat...masa pregnant dulu selalu kawan2 usik "Ko ni perut dah sikit punya besar, makan tak kenyang2 lagi ke?"
One day, kalau TK tak duduk Terengganu lagi.., sure teringat nak makan jeput kat sini..and sure teringat minum2 petang di tepi laut..here in Terengganu.
Orang2 KT lain, suka makan kat gerai ICT mana ye???