Thursday, October 25, 2012

MAGGI KETAM


Assalamualaikum semua..Mula2 sekali nak ucapkan selamat berpuasa hari wukuf and Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua..Petang ni baru TK nak bertolak balik ke KB untuk menyambut hari raya Aidil Adha kat sana..Mungkin ramai kawan2 blogger yg on d way nak balik kampung ni kan..Selamat pulang ke kampung ye.. 

 Hari ni tajuk posting "Maggi Ketam"..takde kena mengena dengan hari raya haji..Hari Raya haji biasanya kita makan daging kan...tapi mungkin ada yg nak makan seafood bila balik kampung di Kelantan and Terengganu.. bolehlah cari2 restoran maggi ketam yang sangat fofular sekarang ni...So far, TK penah makan maggi ketam di 2 buah restoran je di Kelantan and Terengganu ni..

 Maggi Ketam
Yang ni semangkuk maggi rebus ketam di restoran Pulut Ikan Bakar di Tok Bali, Kelantan. Restoran tu sentiasa penuh dengan orang and specialty kedai tu ialah pulut ikan bakar tapi kat situ ada juga maggi ketam dalam menunya..
TK ada terbaca dlm satu blog ni, maggi ketam ni asalnya dipopularkan oleh nelayan2. Nelayan2 kalau ke laut selalu bawak bekal maggi. Di tengah laut dorang masak maggi and masukkan ketam dlm maggi and dari situlah bermulanya menu maggi ketam ni..

Maggi ketam kat resto ni memang sedap giler..Terasa keketamannya..hehe..Murah pulak tu. Semangkuk RM12 je..Tempat lain lagi mahal! .TK penah buat maggi ketam kat rumah tapi sesedap macam kat resto ni.. Kaki2 ketam dah siap diketuk so senang je nak keluarkan isi ketam bila makan.

Specialty resto ni ialah pulut ikan bakar..Memang sedap..

Satu set pulut ikan bakar terdiri drpd pulut gaul nyiur, 2 ekor ikan selayang bakar and sambal kicap. Regenya RM4/-. Meratah ikan cicah sambal kicap tu pun..sedapnya..

Kami makan lokan bakar juga hari tu..Nyesal tak amek byk2 lagi..Sodap..!
Ada mcm2 jenis seafood, ikan2 mcm2 jenis, ketam, udang, lala, lokan..Pilih sendiri nak makan apa and boleh suruh dorang bakar or masak

Hari tu, kami makan bawah pokok ubi gajah ni..Bukan senang nak dpt makan bawah pokok ubi hehe..Restoran ni memang sgt ramai pelanggannya..full house sokmo terutama pd waktu malam. 

 Yang ni pulak restoran maggi ketam di Dungun Terengganu. Tajuk kedai "Megi Ketam Bistro". Megi Ketam Bistro ni ada facebook page and penah masuk TV. Gambar di atas gambar google..pinjam ye..Selalu kami ke sana malam2..amek gambar pun gelap je..

 Yang ni maggi goreng  ketam di Megi Ketam Bistro..jenis ketam ialah ketam laut yg biasa kita makan tu. Kat resto ni ada 2 jenis ketam- ketam nipah and ketam laut

Ada udang juga dalam hidangan maggi goreng ketam ni. Harga semangkuk maggi ketam kat sini around RM20-25. Budget besar sikitlah kalau nak dtg sini

Yang ni..maggi rebus ketam nipah. Ada sotong and udang juga..orang yg allergic seafood memang patut jauhilah hidangan ini..nanti gatal2 sana sini..hehe. BTW, ketam kat resto ni dihidang bulat2 kena ketuk2 gigit2 sendiri nak dapatkan isi..kena berusaha sikitlah bila makan kat sini..TK sebenarnya seorang yg sgt pemalas nak keluarkan isi ketam..

Kalau tak makan maggi boleh juga order nasi goreng ke or ketam sahaja..Lala pun ada..sedap you..Di Megi Ketam Bistro ada juga ikan bakar, makanan panas macam2..datang bawak perut je..

Oklah tu je kisah maggi ketam kali ni.. Selamat Bercuti..Enjoy your holidays!





13 comments:

  1. dah lama kakcik tak makan ketam. Tapi rasanya, kalau makan ketam kakcik suka ratah je. :)

    ReplyDelete
  2. Ye la kak..sedap meratah je kan..

    ReplyDelete
  3. TK Sensei,
    Aauuwww!!!! Will you adopt me? Mama kita dah lama tak JJCM. Kerja aje. purrr....meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom JJCM ngan TK..we will have lots of seafood and lots of fish of too..cat will be happy..:)

      Delete
  4. Saya pernah sekali maggie ketam dekat Kota Baharu... kedai yang berdekatan dengan bangunan UMNO KB... tp rasanya kurang la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try maggi ketam kat restoran Pulut Ikan Bakar tu..sedap sgt to me..

      Delete
  5. Ya Allah, terliurnyaaaaa! memang segar-segar ikan di Pantai Timur kan..Zaila kalau balik kampung memang suka makan ikan dari ayam sebab kat Shah Alam ni susah nak dapat bekalan ikan segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kat Shah Alam memang susah nak jumpa fresh fish..
      Suka duduk sini sebab mewah makan ikan and fresh seafood..

      Delete
  6. mantap..!! kat kemaman ada jugak tapi tak enjoy nak makan kat kedai sbb ramai orang keliling.. so makanya beli ketam & masak sendiri.. makan bersila atas tikar anak beranak baru best... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam memang sedap makan kat rumah..free style je bila bab menggigit2 ketam tu..kat kedai kena sopan2 gitu..hehe

      Delete
  7. sedapppnyer kak megi ketamm..azue pun baru dpt nerasa masa blk jertehh arituuu

    ReplyDelete
  8. aduh.. terliur wei tgk pic tuh.. yum-yum-yum mengidam alreadi.. huhu

    ReplyDelete
  9. Τhіѕ іѕ a topiс
    that is cloѕe to my heаrt... Bеst ωishes!
    Whеге are your contact details thοugh?


    My hоmeρаge; about us
    My web-site dallas car insurance provider

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin